Enele Sopoaga

Enele Sosene Sopoaga (lahir 10 Februari 1956[1]) ialah seorang diplomat dan ahli politik Tuvalu.Sopoaga terpilih ke Parlimen dalam pilihan raya 2010.[2] Beliau berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan Menteri Luar Negeri, Alam Sekitar dan Buruh dalam kerajaan singkat Perdana Menteri Maatia Toafa dari September hingga Disember 2010. Selepas gagal menjadi perdana menteri pada Disember 2010 (walaupun dengan sokongan Toafa), beliau menjadi ketua pembangkang kepada kerajaan Perdana Menteri Willy Telavi.[3] Beliau menjadi Perdana Menteri sementara pada 1 Ogos 2013 selepas penyingkiran Telavi oleh Gabenor Jeneral, dalam konteks krisis politik.[4] Sehari kemudian, pada 2 Ogos 2013, pembangkang berjaya mengundi keluar kerajaan Telavi melalui suatu usul tidak percaya.[5] Sesudah itu, pengundian diadakan bagi melantik perdana menteri baharu dan Sopoaga menang dengan 8 undi berbanding 4. Beliau mengangkat sumpah pada 5 Ogos 2013, dan melantik kabinetnya pada hari yang sama.[6][7]